“Amboi! Bagai pinang dibelah dua..” – Peminat doakan Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim ada jodoh

Majlis berprestij Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) semalam telah diadakan malam tadi di Dewan Axiata, Bukit Jalil dengan jayanya apabila setiap persembahan dari barisan artis yang sangat havoc dan menghiburkan telah berjaya menarik hati penonton.

Rata-rata selebriti telah hadir bersama pasangan masing-masing sebagai peneman di majlis tersebut. Tidak ketinggalan, kelihatan Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim sangat mesra dalam majlis berprestij itu. Rata-rata peminat bersetuju jika mereka dijodohkan bersama.

Nana yang mengenakan busana berwarna gelap tampak sedondon dengan Fikry yang juga mengenakan persalinan tona warna yang sama.

Dek kerana hubungan mereka yang kelihatan mesra itu, rata-tata peminat telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut.

Sumber : Siti Nordiana & Fikry Ibrahim via ohmymedia