‘Arjuna bersama bidadari syurga’ – Nyanyian pilu terakhir ibu buat netizen sebak

Sejak dilahirkan, bayi comel diberi nama, Muhammad Arjuna Hafizi itu hanya mampu terbaring kaku di katil hospital. Bayi ini bertarung nyawa berikutan masalah gangguan saraf di otak. Menurut ibunya, kandungan disahkan sihat sepanjang kehamilan, kecuali dia mengalami paras glukosa tinggi dan disaran mengambil suntikan insulin.

Namun, semalam akhirnya bayi yang menderita ini pergi menghadap illahi. Allah lebih sayangkan anak syurga ini. semoga diberi kekuatan buat ibu dan ayahnya.

KEKASIH ALLAH

ARJUNA KEKASIH ALLAH (ANAK SYURGA)
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
AL FATIHAH…
Semoga tenang dan damai kau di sana wahai kekasih Allah.
Allahyarham Baby Arjuna Telah Di Bawah Pulang Ke Kampung Halaman Di Sungai Suloh, insyallah Akan Di Kebumikan Esok Pagi
7/1/2018 Jam 9 , Kepada Sahabat Handai Yang ingin Ziarah Boleh Terus Ke Rumah Keluarga Fizie Joe.

AL-FATIHAH… Semoga damai dan tenanglah
Muhammad Arjuna bersama bidadari2 syurga.. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Arjuna dan sekeluarga.

KRONIK SEJAK

Muhammad Arjuna dikatakan tidak mampu bernafas sendiri kerana paru-parunya lemah. Apabila mencecah usia lima hari, keadaannya semakin membimbangkan termasuk mengalami sawan dan ditahan di NICU sehingga usianya 79 hari. Apa apa pun salam takziah buat keluarga Arjuna. Syurga tempat adik Arjuna.