Ayah pelakon Cantik Ummi nazeera dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun

Gempar semalam apabila ayah kepada pelakon cantik yang sedang mendapat perhatian melalui filem bisik pada langit, dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun. menerusi laporan,ayah Ummi Nazeera kini dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun. Ayah Ummi Nazeera dituduh berhubung kes berkaitan penggunaan dokumen palsu.

Pada 25 November 2015, bapa pelakon Ummi Nazeera didakwa atas 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya. Keputusan rayuan telah ditolak oleh Pesuruhjaya Kehakiman atas sebab sebab tertentu.
Terdahulu, Zainulabidin disabitkan bersalah kerana telah menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. Dia telah memberi beberapa dokumen untuk memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd.Dia juga turut dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik Ahmad Fikhri dan seorang lagi anak, Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat BTIS Manufacturer Sdn Bhd.

Percubaan ayahnya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara gagal apabila hakim menolak. Semoga keluarga mereka tabah kan keputusan ini. sabar ya sis….

sumber : akubudakkulim