Biasiswa Mira Filzah

PELAKON Mira Filzah, 25, mencatat sejarah apabila mewujudkan biasiswa Mira Filzah dengan kerjasama Aesthetic Skin International Institute berjumlah RM1.3 juta.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, biasiswa itu ditawarkan kepada 100 individu yang berminat untuk belajar jurusan Keusahawanan Kecantikan (Beauty Entrepreneurship) di Aesthetic Skin International Institute di Bandar Sunway.

Katanya, biasiswa ini atas inisiatifnya bersama Aesthetic Skin Group.

“Pada mulanya saya hanya ditawarkan menjadi duta produk mereka tetapi saya inginkan satu kolaborasi yang lebih kepada jangka masa panjang dan memberi manfaat bukan pada saya saja, tapi juga oarang sekeliling.

“Dari situ tercetusnya biasiswa ini. Ia bukan sekali saja tetapi program ini berterusan. Sebab institut ini turut menawarkan program lain tanpa biasiswa ini.

“Ada juga ditawarkan separuh biasiswa penuh dan separuh. Bergantung kepada individu berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Mira, biasiswa itu sebagai satu cara untuknya membantu orang lain berjaya dalam mengejar cita-cita. Lebih membanggakan apabila pelajar terbaik Aesthetic Skin Group (ASG) akan diberi modal untuk memulakan perniagaan.

“Niat saya hanya untuk memberi sesuatu kepada masyarakat. Dari dulu sampai sekarang, saya sangat menitikberatkan soal pendidikan dan ilmu.

“Disebabkan itu, saya mahu orang sekeliling dapat peluang menuntut ilmu dan kejar cita-cita dan kerjaya.

Biasiswa itu ditawarkan kepada mereka berumur 18 sehingga 30 tahun dan mempunyai minat dalam bidang kecantikan dan keusahawanan.

Biasiswa itu ditawarkan kepada mereka berumur 18 sehingga 30 tahun dan mempunyai minat dalam bidang kecantikan dan keusahawanan.

Mereka yang terpilih mengikuti kursus selama 15 bulan itu berpeluang menjana pendapatan menerusi pendedahan secara teori dan praktikal yang dijalankan.

Kata Mira, pada hari pertama pendaftaran dibuka seramai 60 hadir mendaftar dan ditemuramah dikuti 30 orang lagi pada Sabtu lalu.

“Menariknya, ada juga pelajar dari Indonesia datang mendaftar. Malah ada pelajar yang memiliki sarjana muda datang memohon biasiswa ini. Pendek kata, biasiswa ini terbuka untuk semua yang layak,” katanya.