BOTAK CHIN MAHU KONGSI HASIL ROMPAKAN DENGAN TIMBALAN MENTERI, CABAR PENJARA GUNA WAYAR GANTUNG DIRINYA!

id=”js_15″ class=”_5pbx userContent _3576″ data-ft=”{"tn":"K"}”>

HARI ni aku nak berkongsi kisah penjenayah tersohor di Malaysia, Wong Swee Chin@ Botak Chin. Sebenarnya dia bukan berkepala botak, tetapi ia adalah gabungan dari tiga perkataan Hokkien iaitu Bo Tak Chin yang bererti Tiada ( Bo ), Kerja ( Tak ) Chin ( China ) atau China Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’. Dia ni famous sebab kononnya dia macam Robin Hood moden, rompak tetapi bagi duit kat orang miskin. Tapi ramai yang tak tahu, dia buat macam tu sebab nak ‘cover line’ je, bila bagi duit kat orang, ramai yang selalu ‘cover’ dia dari ditangkap polis.

Botak Chin ni terkenal era 70-an sebab selalu terlibat dalam rompakan besar dan tak ragu-ragu untuk membunuh kawannya sendiri kalau mereka belot. Zaman tu aku pun tak lahir lagi tetapi aku dapat banyak maklumat mengenai Botal Chin daripada pegawai polis yang paling dibencinya, Tuan Kulasingam dari CID.Botak Chin pernah mengarahkan kuncu-kuncu menembak Tuan Kulasingam sehingga cedera parah. Aku pernah sehari suntuk duduk dengan Tuan Kulasingam masa dia pencen polis dulu untuk mendapatkan cerita pasal Botak Chin. Tak lama lepas tu Tuan Kulasingam meninggal dunia.

Baik berbalik pada Botal Chin ni, masa dia kena tangkap dan dimasukkan ke Penjara Pudu dulu, dia pernah nak rancang untuk BOM penjara berkenaan. Untuk itu sedikit demi sedikit dia sediakan bahan-bahan letupan seperti paku dan karbad, yang dibawa masuk ke penjara secara beransur-ansur, oleh mereka yang melawatnya. Bahan-bahan letupan ini disimpan di dalam tandas. Bila wadar dapat tahu, dia pukul dan tikam wadar penjara tu setengah mati!

Seorang Timbalan Menteri Dalam Negeri pernah diarah berjumpa dengan Botak Chin kat Penjara Pudu untuk selesaikan masalah ‘keras kepala’ dia ni, tahu apa Botak Chin buat? Dia boleh offer pulak Timbalan Menteri ni duit rompakan yang dia simpan janji dia dibebaskan dari penjara. Dia pulak nak ‘psiko’ Timbalan Menteri ni.

Dan bila Timbalan Menteri tadi enggan layan rancangannya itu, dia maki hamun Timbalan Menteri tu sebab kononnya melengahkan proses hukuman mati yang dikenakan ke atasnya.

” ‘ Pasal apa simpan gua, kasi makan, buang duit government. Gantung gua, bakar gua punya body dan buang semua habuk dalam parit dan longkang .. apa tunggu lagi … takut kah?,” jerit Botak Chin pada Timbalan Menteri tu.

Bila diterangkan pada Botak Chin yang tali gantung masa tu kehabisan stok untuk menggantung lehernya, sekali lagi Timbalan Menteri itu dimarahi Botak Chin. Timbalan Menteri itu memberitahunya, tali gantung (ketika itu) terpaksa ditempah di England dan ia mesti disalut dengan baldu bagi mengurangkan kesakitan yang ditanggung pesalah. Ternyata penerangan itu membuatkan Botak Chin lagi panas hati. Botak Chin terus tanya – ” Mana lu tahu sakit kah tak sakit kah… yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?’

Untuk itu Botak Chin mencadangkan WAYAR untuk menggantung dirinya sebagai langkah alternatif. Ganas tak?

Tapi yelah, ganas macam manapun Botak Chin tak dapat lari daripada takdir. Akhirnya pada 11 Jun 1981, pada usia 28 tahun, Botak Chin menemui ajalnya setelah digantung sampai mati di Penjara Pudu. Berakhirlah riwayat salah seorang penjenayah paling kejam dan licik di Malaysia.

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people and people standing

SAK: Timbalan Menteri yang saya maksudkan ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid. Sanusi pernah menulis pengalamannya dengan Botak Chin itu dalam blog peribadinya.

Kredit – Syahril A.Kadir