BR1M 2018: Jadual Pembayaran, Semakan Status Permohonan Online

Maklumat penting buat semua pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia, berikut dikongsikan jadual pembayaran BR1M 2018 juga panduan semakan status permohonan BR1M secara online.

Untuk makluman, Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini mengumumkan kadar maksima BR1M dikekalkan sebanyak RM1,200 bagi penerima kategori 3 iaitu isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Jadual Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah jadual pembayaran BR1M 2018 mengikut kategori.

Kategori 1: Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Kategori 2: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.

Kategori 3: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Untuk permohonan baru, anda boleh download manual permohonan di sini.

Semakan Status Permohonan BR1M 2018

Semakan status BR1M 2018 boleh dibuat di sini.

BR1M 2018: Jadual Pembayaran, Semakan Status Permohonan Online

Masukkan nombor kad pengenalan dan jawab beberapa soalan yang ditanya, kemudian keputusan permohonan akan dipaparkan seperti dalam gambar di bawah:

Nota Penerangan Status Permohonan

Didaftarkan: Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini

Diterima: Permohonan Telah Dikemaskini berdasarkan borang yang diterima

Dalam Proses: Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan

Ditangguhkan: Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan semasa tempoh rayuan
Lulus: Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya

Tidak Lulus: Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya

Status Kredit Tidak Berjaya: Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Syarat Kelayakan BR1M 2018

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Penerima KADS1M tidak layak untuk memohon BR1M 2018.

9 Sebab Permohonan BR1M Gagal

Berikut antara sebab utama kenapa permohonan BR1M anda gagal.

Maklumat tanggungan yang tidak tepat.

Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
Memohon lebih dari satu kali (suami/isteri membuat permohonan berasingan).

Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.

Pelajar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.

Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan makan gaji.
Pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara.

Penerima BR1M sejak 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun.

Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.

Penerima BR1M perlu mengemaskini maklumat peribadi mereka (jika ada perubahan) semasa tempoh permohonan dibuka bagi mengelakkan kegagalan permohonan.

Antara maklumat penting yang perlu dikemaskini:

Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
Alamat surat menyurat terkini dan emel

Nombor telefon bimbit dan rumah
Maklumat akaun bank

Maklumat pasangan dan tanggungan
Maklumat waris

Kemaskini BR1M wajib dilakukan sekurang-kurangkan sekali dalam tempoh 3 tahun.

Proses Verifikasi BR1M

Maklumat pemohon akan disemak dan disahkan dengan agensi-agensi berikut bagi menetukan sama ada pemohon layak atau sebaliknya.

Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Akauntan Negara
Polis Diraja Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
KWSP
Kumpulan Wang Persaraan
SSM
JPJ
Jabatan Agama Islam Negeri
Kementerian Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Luar Negeri
Kesemua agensi tersebut akan membantu BR1M membuat proses verifikasi maklumat pemohon. Jika maklumat yang diberikan tidak benar, maka permohonan akan ditolak serta merta.

Skim Khairat Kematian (SKK)

Untuk makluman semua, SKK hanya untuk waris yang dinamakan sahaja. Penerima di bawah kategori ini ialah:

Isi rumah
Warga emas (60 tahun dan ke atas)
Penerima kategori individu tidak layak SKK.

Jumlah bantuan sebanyak RM1,000 + baki BR1M belum dituntut.

Prosedur tuntutan SKK adalah seperti berikut:

Sekiranya berlaku kematian penerima BR1M dalam tempoh BR1M 2018, waris yang dinamakan di dalam borang boleh menuntut SKK.
Tuntutan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN.
Waris perlu membawa dokumen seperti berikut:
– Sijil kematian
– Kad pengenalan asal waris
– Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan penerima
Pembayaran akan dibuat oleh BSN selepas maklumat yang dikemukakan disahkan lengkap dan tepat.
Pertanyaan

Sekiranya anda ada sebarang soalan dan ingin berurusan terus dengan BR1M, sila berkunjung ke mana-mana kaunter BR1M di LHDN atau hubungi talian hotline BR1M di nombor 1-800-88-2716