BULETIN Budak Perempuan 8 Tahun Ini Paling Cantik Di Dunia

Budak zaman sekarang memang jauh beza sangat dengan budak zaman dahulu. Kita dulu masa budak-budak memang comot, tak kisah pun pakai baju apa. Pakai bedal je apa yang ibu bapa kita belikan.

Tapi budak-budak sekarang memang lain macam. Nak bercantik je kerja. Budak 6 tahun sekarang pun sibuk dengan mekap.

Apa yang ingin kami kongsikan ialah seorang budak perempuan berusia 8 tahun yang menjadi viral kerana kecantikan dan kecomelannya dah macam anak patung. Mix Amerika dan Korea pulak tu. Memang cantik.

Ella Gross, 8 tahun dari Los Angeles ini menjadi bualan ramai apabila beberapa gambarnya menjadi model jenama terkemuka menjadi bualan ramai.

Bukan jadi model biasa-biasa je budak ni. Model GAP Kids tau, bukan calang-calang jenama.

Bapa Ella merupakan orang Amerika, manakala ibunya pula orang Korea. Patutla cantik sangat. Memang terpikat melihat senyumannya yang sangat menawan.