Cinta Hingga Hujung Nyawa – Pasangan Suami Isteri Maut Kemalangan, Pesanan Terakhir Untuk Anak Ini Sebak

Sudah ketentuan Ilahi, pasangan suami isteri meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dekat Kampung Datuk Harun, Petaling Jaya.  Ketika kejadian, Umar Hanafi bersama isteri menunggang motosikal dari arah Kuala Lumpur menghala ke Subang Jaya sebelum terbabas.

Apa yang paling menyedihkan, status terakhir yang si ibu di Facebook menasihati anak-anak supaya berkasih sayang seakan memberi gambaran mereka akan ‘pergi’. Sebak!

Semoga kasih sayang antara anak-anak kekal ke akhir hayat

Abang ipar kepada Mazliana ketika dihubungi Harian Metro memberitahu, status yang ditulisnya di Facebook sehari sebelum kejadian seolah memberi gambaran supaya anak-anak menjaga hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Semoga kasih sayang antara anak-anak kekal ke akhir hayat

Kejadian yang meragut nyawa pasangan suami isteri itu menyebabkan tiga orang anak masing-masing berusia setahun, lima dan enam tahun yatim piatu sekelip mata.

Mungkin hanya kebetulan – Abang Ipar

Mungkin status bersama beberapa gambar dia (Mazliana) dengan anaknya itu berlaku secara kebetulan. Namun, ia seolah memberi pesanan kepada anak-anak arwah agar sentiasa berkasih sayang.

Saya tidak perasaan mengenai status itu sebelum hanya menyedarinya pagi tadi.

Terbabas sebelum jatuh

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa terbabas sendiri sebelum terjatuh.

Sebaik tiba di kilometer 18.3 Lebuhraya NPE, motosikal ditunggang seorang lelaki hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan. Penunggang dan pembonceng meninggal dunia di lokasi kejadian.

Keadaan cuaca ketika kemalangan adalah baik dan terdapat lampu jalan di kawasan kemalangan. Tiada rakaman CCTV di sekitar kawasan kejadian selain pihak kami juga sedang mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan.

Jenazah dibawa ke PPUM untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro & Oh Bulan