‘Dia Akan Lepaskan Tapi Tak Lebih 5 Saat’ – Sering Berpegangan Tangan, Ini Foto Bersemut Izara & Suami

Selepas beberapa tahun menyulam cinta, pasangan merpati dua sejoli Adib Khalid dan Izara Aisyah akhirnya disatukan dalam suasana cukup meriah November tahun lalu. Pejam celik pejam celik sudah masuk 4 bulan mereka mendirikan rumahtangga kan?

Meskipun jarang mendedahkan kisah peribadi di laman sosial, pasangan ini diakui sering menjadi sebutan ramai. Yelah, sama cantik sama padan. Romantik pula tu!

Terbaru, Izara Aisyah menerusi laman Instagramnya memuat naik beberapa keping gambar romantik mereka dengan kapsyen yang cukup sweet. Alahaiii comel betul!

Alahai sweetnya

When you’re overly attached from the start till today. He’d let me go but not more than 5secs for me to take my solo ootd pics.

Bila kamu dah overly attached dari mula sehingga ke akhir ini. Dia lepaskan saya tak lebih dari 5 saat hanya untuk saya ambil gambar OOTD.

He’d let me go but not more than 5 secs

Menerusi laman Instagram, pelakon cantik ini memuat naik beberapa keping gambar dari awal perkenalannya sehingga kini. Gambar romantik tersebut menunjukkan Adib Khalid sering memegang tangannya walau kemana sahaja mereka pergi. Meskipun Izara mengambil gambar bersama peminat dan rakan-rakan, Adib tetap memegang hujung tangannya. So sweet!

Romantiknya

Wah, untung betul Izara Aishah dapat suami macam Adib Khalid ini kan. Kami doakan semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sumber : Instagram Izara Aishah