Elyana: Saya Masih Kuat, Boleh Bekerja Sendiri

Penyanyi Elyana, yang sebelum ini telah mendedahkan bahawa dia mempunyai penyakit kanser limfoma tahap 4 berkata dia masih boleh bekerja seperti biasa kerana dia masih belum sampai ke tahap terlantar.

“Antara punca utama saya tidak yakin untuk memberitahu ialah saya bimbang ia akan membuatkan orang takut memberi tawaran persembahan kepada saya”

“InsyaAllah badan saya masih kuat dan boleh bekerja malah saya lega kerana sekarang sudah tidak perlu berpura-pura sihat apabila bekerja,” katanya yang ditemui di majlis solat hajat dan doa selamat anjuran kelab peminatnya, Elyana Official Fan Club di Masjid Karangkraf Shah Alam.

Terdahulu, Elyana juga merupakan salah seorang peserta konsert Gegarvaganza Musim ke-4 dan tersingkir pada minggu ke-5