Fattah amin dan fazura selamat bernikah sebentar tadi. Tahniah diucapkan!

Peminat #FattZura kini boleh bergembira kerana idola mereka, Fattah MIn, 27, dan Nur Fazura Shariffuddin, 34, telah selamat melangsungkan pernikahan di sebuah hotel di ibu negara pada 9.50 malam tadi.

BH Online melaporkan, Fazura sah bergelar isteri Fattah dengan sekali lafaz, dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat itu.
Fazura dikatakan mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini, disolek oleh Sheila Mohamed dan Fattah telah mengenakan baju Melayu.