[GAMBAR] GAMBAR TERKINI KEJELITAAN SARI YANTI DAN ANAK-ANAK YANG COMEL DAN SEGAK..! UNTUNG JEPP SEPAHTU.

Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari atau ringkasnya Sari Yantimerupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau lahir pada 9 November 1984 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan membesar di Kuala Lumpur. Beliau anak kedua daripada 3 beradik, berdarah kacukan Melayu, Minang. Beliau tinggal di Damansara bersama ibu bapanya. Beliau belajar di UNITEN dan mendapat Diploma Pengajian Perniagaan.

Sari Yanti mula dikenali ramai apabila beliau muncul dalam iklan Hotlink.

Beliau pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 kategori “Artis Baru Wanita Popular”.

Pada 25 Februari 2017,Sari Yanti telah mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepahtu setelah berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2011. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aly dan Basit Al-Ha hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum ini, SariYanti pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Mohd Edi namun jodohnya tidak panjang dan telah bercerai.

Mereka akhirnya disahkan bercerai setelah 3 tahun berkahwin.
Pelakon Sari Yanti merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Anak lelakinya yang sulung bernama Barr Al Aly berusia 7 tahun manakala yang kedua bernama Basit Al-Haq kini berumur 5 tahun.

Ini gambar terkini anak-anak Sari Yanti yang ramai tak pernah lihat lagi.
Memang comel anak-anaknya ni.

Baru-baru ini, Jep Sepahtu menyampaikan khabar berita dimana isterinya, Sari Yanti kini sudah berhijab sepenuhnya. Berita tersebut mendapat reaksi yang positif daripada peminat yang turut mendoakan Sari Yanti terus beristiqamah dalam penghijrahannya itu.

Sari Yanti juga menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik beberapa foto beliau mengenakan hijab. Foto beliau mendapat pujian netizen yang rata-rata memberikan komen Sari Yanti kelihatan lebih cantik berhijab.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on