[GAMBAR] Sweetnya! Bekas Isteri Datuk K Ziarah Siti Nurhaliza

[GAMBAR] Sweetnya! Bekas Isteri Datuk K Ziarah Siti Nurhaliza

Sebenarnya hubungan Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan Tengku Zawiyah sudah lama baik dan mengharap para peminat tidak memberikan persepsi negatif lagi terhadap mereka.

Zawiyah telah mengunjungi kediaman penyanyi tersohor itu pada hari ini Ahad (8 April 2018).

Memuat naik sekeping gambar Zawiyah disamping Siti dan bayi, Siti Aafiyah, detik manis itu dikongsi Datuk Siti menerusi laman instagramnya.

“Alhamdullillah.. My pleasure DS Kak Tengku .. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga .. amin ya rabb “

Semenjak melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah Khalid pada 19 Mac lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak putus-putus dikunjungi tetamu daripada pelbagai peringkat yang mahu melihat secara dekat bayinya itu.

Ini termasuklah tetamu diraja, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut mencemar duli membuat kunjungan ke kediaman penyanyi nombor satu negara tersebut.

Sumber IG CTDK