‘Hey Dagu Senget There Is Only 1 Chief Jr La’- Nedim Berang Ibu Tiri Nak Guna Gelaran Chief Jr Untuk Anak?

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Nedim dan Nora Danish di Instagram, mereka kini sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertama. Persiapan dari segi baju dan keperluan bayi juga sudah mereka beli. Mereka juga seperti sudah dapat bayangkan nama yang mereka akan berikan untuk anak. Bunyinya seperti begini- ‘Neney’. Alahai comelnya.

Disebalik keterujaan untuk timang cahaya mata, Nedim telah memuat naik kapsyen ‘sindiran’ di Instagram Story miliknya. Apa kes ini? Adakah mesej itu ditujukan khas untuk ibu tirinya?

Anda ingat anda boleh menyakiti saya?

Terdahulu ibu tiri kepada Nedim, Datin Seri Haflin S telah memuat naik foto serta kapsyen di Instagram seperti diatas.

‘Saya rasa anda inginkan perhatian..’

Tidak lama selepas itu, Nedim memuat naik kapsyen di Instagram Story seperti diatas. Adakah ia ditujukan kepada seseorang? Menurut beberapa sumber, Nedim tidak puas hati kerana ibu tirinya ingin beri gelaran Chief Jr kepada anak lelakinya. Eh betul ke?

‘Kini anda dikenali untuk beberapa jam oleh kerana saya..’

‘Seorang ibu akan buat apa sahaja untuk melindungi anaknya..’