Kau Tu Dah Umur 30, Bila Nak Kahwin Ni? Penjelasan Lelaki Ni Memang Padu

Bila Jodoh Datang Lambat

“Milah tu dah anak dua dah, kau ni bila nak kahwin?”
“Kau tu umur 30 tahun tak nak kahwin lagi ke?”
“Bila nak kahwin ni? Ramai kawan-kawan dah kahwin tu.”

Bila nak kahwin? Soalan yang boleh membunuh setiap insan bujang.
Lagi tertekan bila seseorang perempuan tu dah masuk umur 30 tahun. Setiap cuti sekolah mesti dapat soalan tu. Bila balik raya mesti kena hadap soalan tu.

Well. Jawapan bila nak kahwin ni susah nak jawab. Bukan senang nak cari jodoh yang kena dengan diri.
Bila lambat kahwin dilabel memilih. Dilabel high taste.
Baik memilih daripada membuat keputusan tergesa-gesa lalu menyesal seumur hidup kerana terpilih orang yang salah.

Perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi seumur hidup. Perkongsian antara dua hati yang tidak pernah saling mengenali sebelum ini.

Bila nak kahwin tu berkait rapat dengan rezeki dan jodoh. Jika bercinta 5 tahun tapi jodoh bukan dengan si dia, tak kahwin juga. Kadang-kadang kenal tak sampai setahun, terus kahwin. Sebab kita sebagai manusia, hanya mampu merancang. Selebihnya Allah yang menentukan.

Jika sedang bercinta sekarang, peganglah cinta dalam tangan bukannya dalam hati. Jika nanti kita sedari dia bukan jodoh kita, senang kita lepaskan dia pergi. Jangan yakin sangat bila bercinta dia itu jodoh kita.
Senang kita nak move on. Jangan gundah jangan risau. Perancangan Allah lagi hebat. Dia beri seseorang yang kita perlu bukannya yang kita mahu. Anggap saja ia proses untuk kita kenal kehidupan dan mematangkan kita.
Peduli apa orang kata. Ini kehidupan kita. Ingatlah, jodoh pertemuan itu Allah yang tentukan. Jangan runsing, jangan resah jika jodoh yang dinanti belum kunjung tiba.

Teruskan berdoa. Jodoh pasti akan tiba bila kita benar-benar bersedia. Jodoh ini bukan soal siapa cepat dia dapat. Tetapi jodoh ni bila Allah tetapkan pasti akan dapat.

Jangan tergesa-gesa nak kahwin sebab tengok orang kahwin. Jangan kalut nak kahwin sebab rimas orang dok bertanya. Buat rilek jer. Jangan sebab cepat nak kahwin, main sambar jer siapa yang ada depan mata.
Janganlah sanggup berhutang berpuluh ribu semata-mata untuk majlis kahwin yang gah. Cukuplah semampu kewangan kita. Kehidupan selepas kahwin lagi penting. Jangan nanti anak sudah masuk tadika, hutang pembiayaan peribadi masa kahwin belum habis bayar lagi.

Ada hikmah jodoh awal atau lambat. Kalau jodoh lambat, Allah nak bagi peluang berbakti untuk mak ayah. Bina kerjaya kau dulu. Bantu keluarga. Sediakan simpanan wang, rumah dan kenderaan yang kau suka.
Kalau jodoh awal, bersyukurlah. Jangan pandang rendah pula pada yang belum bertemu jodoh.

Yakinlah. Allah dah tetapkan jodoh setiap orang. Cuma cepat atau lambat jer. Teruskan berdoa. Jodoh pasti akan tiba.

Pada yang sudah bertemu jodoh, semoga bahagia hingga ke syurga. Pada yang belum, semoga terus sabar menanti. Kebahagiaan untuk anda pasti akan tiba.

Menanti jodoh ni ibarat menanti ajal dan maut. Kita tak pernah tau bila saat dan masanya. Semuanya dalam rahsia Allah.

Dalami ilmu pengetahuan sementara masih bujang. Perhebatkan amal jariah. Belajar ilmu agama. Pada kaum Adam, mesti berilmu untuk jadi ketua keluarga yang bijak dan hebat. Kumpul duit untuk masa depan. Jangan membazir pada benda yang bukan-bukan. Kah!

[ASY]
#AmirSyahir