“Kereta Kami Tak Bergerak Pun Bodoh” – Kerana Pangku Anak, Diana Danielle Berbalah Dengan Netizen

Pelakon Diana Danielle hilang sabar dengan tindakan netizen yang membuat provokasi di Instagramnya semalam.

Diana yang memuat naik beberapa keping gambar ‘selfie’ bersama dua anaknya, Muhammad dan Aurora serta suaminya, Datuk Farid Kamil dikecam kerana mengabaikan keselamatan anak-anaknya.

Diana dilihat memangku Aurora di depan tanpa memakai tali pinggang keselamatan.

“Anak-anak yang comel! Tapi jangan letak mereka di bahagian tempat duduk hadapan kerana anak kecil perlu diletakkan dalam kerusi bayi! Kalau kemalangan? Tiada lagi anak comel!” tulis salah seorang pengguna Instagram.

Pelakon filem Kami Histeria itu kemudiannya membalas komen berkenaan. Tulisnya; “Kereta kami tak bergerak pun bodoh.”

Perbalahan itu terus berlarutan hingga netizen menggelarkan Diana dengan panggilan ‘bitch’.

Menyelar teguran kasar netizen terbabit, Diana menjelaskan kenderaannya dilengkapi dengan kerusi bayi yang diletakkan di bahagian belakang.

“Anda nampak keseluruhan kereta? Kami ada letakkan kerusi bayi di belakang tempat duduk saya,” tegasnya.

Entri itu mengundang perdebatan netizen lain yang tidak menyalahkan sebelah pihak semata-mata.

Beberapa jam kemudiannya, Diana memuat naik entri baru yang ditujukan khusus untuk netizen di Instagramnya.

Sound familiar? #thenetizenworld #iwillfollowyou #followyouwhereveryoumaygo

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on