Luahan Dari Adik Kepada Farid Kamil, Fadzil Zahari.

Fadzil Zahari
“Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari. Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasaan,”

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan isteri Farid iaitu Datin Diana Danielle, Fadzil berkata, aktres itu tidak dapat dihubungi sejak kes tersebut berlaku malah Diana turut dikatakan tidak hadir ketika prosiding pagi tadi.

“Saya rasa pihak Diana pun sudah bersuara kepada media semalam. Diana tidak dapat dihubungi, saya pun tak pasti mengapa dia tidak dapat hadir sedangkan Farid memerlukan sokongan,” ujarnya.

Sementara itu seorang lagi adiknya, Anis Anwar berkata, Farid sememangnya sudah lama menanggung tekanan perasaan. Namun, perkara itu tidak diketahui oleh keluarga kerana Farid seorang yang terlalu berahsia.

“Tekanan itu sudah lama Farid tanggung. Dia seorang perahsia dan tidak mahu beritahu masalah yang dialami kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan sekarang ia berlanjutan hingga ke tahap ini,”

Dari Diana Danielle pula
“Memandangkan saya perlu keluar bekerja, saya terpaksa tinggalkan anak-anak saya di bawah jagaan ibu saya. Rumah ibu saya hanya satu tingkat bawah unit apartment kami, di bangunan yang sama, Farid boleh saja pergi melawat anak-anak bila-bila masa dia mahu,”