“Masa Ni Auntie Aafiyah Dah Mimpi Arif Menang!” – Raih Anugerah Si Cilik MeleTOP, Comel Habis Tokti Ucap Tahniah Pada Arif Jiwa!

Nampaknya Arif Jiwa Asyraf dinobatkan sebagai pemenang anugerah si Cilik Meletop pada tahun ini.

Selain menerima ucapan tahniah daripada orang ramai, Arif turut menerima ucapan tahniah daripada nenek tirinya, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih mesra dengan panggilan Tokti telah mengucapkan tahniah kepada Arif di laman Instagramnya.

“Masa ni Aunty Aafiyah dah dapat mimpi @arifjiwaasyraf menang #anugerahmeletopera tau!! Congratulations to you !! Terima kasih semua yang Mengundi Arif ye ..,”tulisnya di ruangan entri yang mendapat hampir 280K likes itu.

Tidak hanya Tokti, Arif turut mendapat ucapan tahniah daripada ibu saudaranya, pelakon manis Izara Aishah.

“Minum dulu sebelum menang.. haus . Nervous ke sayang?  pi award show pegang bottle lagi dah menang dah,” tulis Izara di ruangan entri Instagram.

Bapa Arif, Asyraf melalui laman Instagramnya mendedahkan bahawa Arif merupakan selebriti kedua yang paling popular selepas Khai Bahar sempena anugerah berkenaan.

“Saya dapat tahu dari pihak MeleTOP yang Arif mendapat undian kedua tertinggi selepas Khai Bahar. 

Jadi Arif hampir mendapat Anugerah Top Top MeleTOP dan menjadi individu yang paling muda mendapat anugerah tersebut,” tulisnya.

Sumber : kisahdunia