NABIL JAWAB ISU ISTERI BELIAU NAMPAK LURAH

PENGACARA, Nabil Ahmad, 34, menganggap komen negatif netizen mengenai pemakaian isterinya, Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub dalam satu gambar yang dimuat naik ke Instagram, adalah sesuatu yang tidak perlu diberi perhatian.

“Zaman sekarang, apa yang kita buat atau pakai, orang tetap akan bercakap. Netizen memang gemar menulis sesuatu yang mereka suka,” kata Nabil kepada Harian Metro.

Tambahnya, pernah juga dia membuka profil netizen yang menulis komen negatif di laman sosial miliknya dan isteri.

“Kadang-kadang, ada profil yang saya buka, gambar mereka pun tak senonoh. Pernah sekali saya buka profil netizen di Twitter dan perbincangan mereka adalah mengenai perkara lucah,” katanya.

Menurut Nabil, dia sebagai manusia tidak mahu bercakap perkara bukan-bukan kerana sedar, dia punya anak yang sedang membesar.

“Saya dan Zira adalah orang yang sentiasa berfikiran positif. Saya tak suka bercakap pasal orang lain kerana anak-anak saya sedang membesar. Saya tak mahu nanti kalau apa yang saya katakan, akan kena kepada anak-anak saya,” katanya.