Pencakar langit ikonik dengan Ferris Wheel pertama di dunia sedang dibina di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan baru ini dikendalikan oleh syarikat M101 Holdings Sdn Bhd yang telah memperkenalkan sesuatu yang baru ke bandaraya Kuala Lumpur.

Salah satu bangunan yang paling menarik perhatian kita ialah M101 Skywheel dan ia akan menampilkan Ferris Wheel yang akan terletak 220 meter daripada tanah.

Ferris Wheel ini berada di tingkat 53 dan dikatakan yang pertama di dunia, yang juga menjadikannya Ferris Wheel tertinggi di Asia Tenggara.

Bangunan ini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2021, di mana ia akan terletak di Kampung Baru, betul-betul di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ini juga bermakna anda dapat menikmati permandangan ikonik Kuala Lumpur sambil menaiki Ferris Wheel!

Direka oleh pereka yang sama mereka bentuk London Eye dan Singapore Flyer, Ferris Wheel berukuran 60 meter ini mungkin bukan yang tertinggi tetapi ia pasti adalah sesuatu yang sangat menakjubkan! Nilai kasar pembangunan projek 78 tingkat ini dianggarkan kira-kira RM2.2 bilion, menurut The Star.

Kontraktor untuk pembangunan projek M101 Skywheel ialah China Railway Construction Corporation Malaysia Bhd (CRCC) dan reka bentuk oleh Studio F.A Porsche.

M101 Skywheel adalah 1 daripada 10 projek oleh M101 Holdings Sdn. Bhd. di sekitar Kuala Lumpur. Pada tahun 2016, 2 buah projek telah diumumkan – M101 Bukit Bintang dan M101 Dang Wangi.

Selain 3 projek yang telah diumumkan, terdapat 7 projek lain yang akan dilancarkan dan dibangunkan secara berperingkat, rujuk gambar rajah di bawah:

M101 Skywheel akan menjadi salah satu pengalaman membeli-belah paling tinggi di dunia dengan SkyMall yang mengagumkan yang akan menjangkau lebih daripada 200,000 kaki persegi dan Planet Hollywood Hotel, yang akan menjadi yang pertama di Asia.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.