Pengumuman terbaru! Tempoh pendaftaran BR1M 2018 dilanjutkan

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Tempoh pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2018)akan dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, permohonan boleh dilakukan dalam talian melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Selain itu, pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.

Permohonan baru/kemaskini BR1M 2018 Bermula Pada.. 27 NOV 2017 – 31 DIS 2017**

** Pemohon digalakkan utk mengisi borang kemaskini BR1M 2018 dengan LENGKAP

1. Pemohon yg tidak lulus SSM yg hanya dapat RM700 tahun ini dan tidak membuat rayuan khas pada Julai 2017 yg lalu perlu membuat PERMOHONAN BARU.

3. Pemohon/pasangan/tanggungan yg berdaftar dgn SSM tetapi perniagaan tidak aktif digalakan utk TAMATKAN SSM. Dokumen penamatan perlu disertakan bersama borang kemaskini/permohonan baru.
-> tidak termasuk Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

4. ALERT Pemohon tidak akan menerima surat rasmi mengenai pemberitahuan BR1M 2018 sebaliknya hanya menerima PAMPLET mengenai BR1M dan borang perlu diambil di LHDN terdekat bermula 27 Nov 2017.

5. Waktu Operasi kaunter BR1M 2018 adalah spt berikut :

a) 8.30pg-5.00 ptg (ISNIN-JUMAAT)

b)9.00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)

Bagi negeri PERLIS, PENANG, PERAK, SELANGOR, KL, N.SEMBILAN, MELAKA dan PAHANG

c) 8.30pg-5.00ptg (AHAD-RABU)

d) 8.30pg-3.30ptg (KHAMIS)

e) 9.00pg-4.00ptg (29-30 Dis 2017-minggu akhir JUMAAT dan SABTU)

Bagi negeri KEDAH, KELANTAN, JOHOR dan TERENGGANU

f) 8.00pg-4.00ptg (ISNIN-JUMAAT)

g) 8.00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD

Bagi SABAH dan SARAWAK

f) Tiada kaunter yg akan dibuka pada CUTI UMUM

(MAULIDUR RASUL, HARI KRISMAS dan HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR (utk negeri Selangor sahaja))