Rupanya Neelofa Pernah Berjiran Dengan Mona Fandey. Ini Kisahnya

Siapa sangka di sebalik filem Dukun yang telah mencetuskan satu fenomena di negara ini, secara tak langsung telah memberi kesan kepada pelakon dan pengacara Neelofa. Menerusi program bual bicara Meletop episod ke-283, pihak produksi telah menjemput barisan pelakon hebat filem Dukun iaitu Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein & Hasnul Rahmat.

Umie Aida berkesempatan berkongsi pengalaman misteri ketika melakonkan watak Diana Dahlan. Umie mendedahkan dia hampir mengalami histeria ketika dia melawat ke bilik gantung sebelum tubuhnya tiba-tiba menggigil dan ketakutan.

Neelofa Tak Tidur 2 Malam

Apa yang menarik, Neelofa juga berkongsi ceritanya selepas menonton filem Dukun sehinggakan dia tak dapat tidur selama 2 hari. Ini kerana watak Diana Dahlan mengambarkan personaliti Mona Fandey yang merupakan bomoh terlibat dalam pembunuhan Datuk Mazlan Idrispada tahun 1993

Neelofa mendedahkan bahawa kisah Mona sangat dekat dengan dirinya kerana rumah keluarganya di Kelantan berhadapan dengan rumah keluarga Mona.

“Saya tak boleh tidur selama 2 hari selepas menonton filem Dukun. Sebenarnya saya lahir di sebuah kampung di Kelantan dan secara kebetulan rumah keluarga saya berhadapan dengan rumah Mona. Sehingga sekarang rumah itu masih ada dan kami sekeluarga ada gambar dan pernah makan bersama keluarga Mona suatu ketika dahulu” 

Jika anda fikir rumah Mona terletak di Shah Alam? di Raub? di Kajang? Sebenarnya hanya satu sahaja rumah sebenar Mona Fandey ini iaitu di Pasir Mas, Kelantan. Sekampung dengan Neelofa.
BACA  Lagu Wanita Terakhir Beri Inspirasi Fattah Amin Lancarkan Novel Sendiri

Menurut satu info dari Fan Page JM Paranormal Malaysia(Jejak Mistik) dari facebook. Rumah itu telah diduduki oleh abangnya, Hafizi Affandi. Sejak dari kes itu segala harta ibu bapanya telah disita. Dari asal keluarga yang kaya raya terus tiada apa yang dapat pada Hafizi Affandi.

Bagi kami di Hangat.com, Dukun bukanlah cerita sebenar dari Mona Fandey. Ia bergantung kepada interpretasi penonton itu sendiri.  Filem ini lebih kepada penyiasatan polis iaitu bagaimana sekumpulan polis mahu mengaitkan kes Diana Dahalan yang sudah didakwa, dengan kes-kes pembunuhan yang tak selesai sejak 10 tahun. Anda kena tonton untuk nilaikan sendiri.

Sumber – hangat.com