Sakti kencana fitri, ANAK ANGKAT BARU FYNN JAMAL

Penyanyi Fynn Jamal semalam menerusi akaun Instagramnya berkongsi berita gembira apabila menerima seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Sakti Kencana Fitri.

Umum mengetahui Fynn mempunyai masalah untuk hamil dan pernah juga mengambil seorang anak angkat lelaki, Bakti Arjuna Fitri yang kini sudah menjangkau usia 5 tahun.

Ramai juga netizen yang ingin mengetahui bagaimanakah penerimaan Juna terhadap adik barunya itu. Juna seorang kanak-kanak autistik mungkin tidak dapat meluahkan rasa gembira dengan kata-kata tetapi ada juga perlakuannya yang menunjukkan beliau tahu Sakti Kencana adalah adiknya.

Fynn ada berkongsi sedikit coretan mengenai Juna dan Sakti Kencana yang menyentuh hati pengikutnya di Instagram.

dia pandang dedek dengan ekor mata. dia tak datang tengok, tidak juga dia buat tak tau. di lompat2 di sekitar dedek. dia tak tau nak buat reaksi macammana— sebab dia tak tau macammana nak beri reaksi pada situasi dapat adik. . dedek tak banyak aktiviti. nangis tidak, minta perhatian pun tidak. dedek baring kejung dalam bedung. tenang. setenang apabila mummy pesan dia datang untuk menjaga balong. . tak sabar nak tengok kimia kedua mereka ini. walau tak bersatu kerana darah, mereka satu kerana susu aku. . hidup, anak2ku. hidup tanpa takut. selama tuhan ada dalam degup jantung kamu; takkan tercela, walau garang mana petir dan ribut. . terima kasih balong sebab terima dedek. in your own ways, and in that quick little kiss on dedek’s forehead semalam; mummy tau balong tau she is yours. . dedek, if you read this one day; jaga balong. . dia tak tau macammana nak beritahu, but know that he needs you.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on