SEDERHANA DENGAN 4 BAHAN SIAP SATU HIDANGAN IKAN SELAR MASAK BERLADA PADANG

Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bertambah selera.

IKAN SELAR MASAK BERLADA PANDANG

BAHAN-BAHAN:

1. 20 biji cili padi

2. 1 biji bawang besar

3. Ikan selar

4. Asam keping

CARA MEMASAK:

1. Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.

2. Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat

3. Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.

4. Masukkan satu asam keping.

5. Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.

6. Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.

7. Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap !