Tahniah! Bintang Popular Siri TV ‘The Flash’ Bakal Kahwini Wanita Sabah

Tahniah! Bintang Popular Siri TV ‘The Flash’ Bakal Kahwini Wanita Sabah

PELAKON yang terkenal melalui siri televisyen The Flash, Thomas Grant Gustin, 27, mengesahkan belum lagi mengahwini tunangnya, Andrea Thoma.

Sebelum ini sebuah portal akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan, majlis perkahwinan mereka berlangsung pada Rabu di Kampung Kolopis, Penampang, Sabah, yang merupakan tempat asal ibu Andrea.

Sebaliknya, majlis yang dilaporkan berlangsung itu hanya sebuah upacara istiadat masyarakat Kadazan bagi menghargai nenek moyang keluarga Andrea.

We made it.

A post shared by Grant Gustin (@grantgust) on

Gustin, dalam kemaskini terbaharu di akaun Instagram memaklumkan, dia dan Andrea merancang untuk berkahwin tahun hadapan.

Terdahulu, Gustin memuat naik sekeping gambar bersama Andrea yang berlatar belakangkan bandar Kota Kinabalu, pada 18 Dis lalu.

Gustin memberitahu The Star, biarpun ramai yang mengenalinya, namun dia menghargai sikap masyarakat di negara ini yang memberikan ruang untuk dia dan keluarga ketika majlis berlangsung.

“Ramai yang kenal kami tapi mereka sangat berbudi bahasa. Mereka akan minta untuk mengambil gambar dengan baik dan tidak menyerbu atau mengambil gambar secara curi-curi,” kata Gustin.

Happy Holidays from Malaysia! I’ve been mostly off social media because the Majalap family is non-stop and we’ve been running around and partying and eating and drinking since we got here. I did want to clear something up before the internet ran with it. It was incorrectly reported, without our permission that LA and I had a private wedding while we were here, but that’s not quite the truth. While we did have a beautiful, symbolic Kadazan ceremony to honor LA’s ancestors, we still won’t tie the knot until next year. (Also I’m still 27 for another few weeks.. the article got a couple things wrong) We’ve had a great time while we were in Sabah. LA’s GIGANTIC family is awesome. We got to hang out with Masidi Manjun, the Minister of Tourism, and had an incredible stay at Gaya Island Resort our first few days. Many pictures to come once we’re back in North America.

A post shared by Grant Gustin (@grantgust) on

Gustin turut memberitahu perancangannya untuk membeli hartanah di negara ini suatu hari nanti.

Gustin dan Andrea, seorang pakar terapi berdarah keturunan Kadazan, namun dilahirkan dan dibesarkan di Ohio, Amerika Syarikat, berkenalan pada awal tahun 2016, sebelum bertunang April lalu.