Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Kepada Pelakon Elvina Mohamad Dan Pasangan, Datuk Hanif

KUALA LUMPUR – Pelakon Elvina Mohamad bergelar Datin muda apabila mengumumkan akan bernikah dengan selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd. Haniff Borhan, 32, pada 18 Mac ini.

“Saya akan bernikah pada 18 Mac ini selepas setahun bercinta. Walaupun masih muda saya yakin dengan pilihan ini,” katanya yang telah dirisik pada 6 Oktober tahun lalu.

Tambah Elvina, dia terlebih dahulu akan bertunang satu jam sebelum majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini.

Sementara itu majlis resepsi akan diadakan pada 24 Mac di hotel yang sama.

Pada malam semalam berlangsung majlis berinai yang bertemakan Bolywood. Lihat gambar sekitar majlis resepsi elvina