Terkini! Akhirnya Ini Keputusan Mahkamah Buat Farid Kamil Yang Mengejutkan Peminatnya! Moga Urusannya Dipermudahkan…

KUALA LUMPUR – Perkembangan selanjutnya mengenai kes pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil bakal diketahui pagi ini.

Pelakon berusia 37 tahun itu ditahan reman empat hari sejak Jumaat lalu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap dirinya berhubung empat kes jenayah iaitu mendatangkan kecederaan, menampar anggota polis, mengambil dadah dan mengganggu tugas penjawat awam.

Farid yang juga suami kepada Datin Diana Danielle itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga dua tahun.

Sementara itu, TVKosmo! turut bersiaran secara langsung dari Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor melalui laman Facebook rasmi Kosmo! Online pada pukul 9 pagi ini bagi memberikan perkembangan terkini.

Kronologi Farid Kamil: Dari kes tahan reman kepada isu salah guna dadah dan larangan berjumpa anak

Baru-baru ini, tular satu berita mengenai seorang pelakon dan pengarah terkenal bergelar Datuk iaitu Farid Kamil yang ditahan oleh pihak polis setelah bertindak menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Berdasarkan kepada laporan oleh Utusan Online, insiden ini dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.20 tengahari pada 11 Januari di Balai Trafik Kota Damansara.

Laporan menunjukkan suspek telah datang ke balai berkenaan bersama seorang lagi rakan untuk membuat laporan polis tentang satu kes kemalangan jalan raya. Namun, apabila anggota trafik bertanya tentang laporan yang ingin dibuat, Farid Kamil sebaliknya menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp ‘300 artis hutang ah long’.

Dengan tidak semena-mena dan tanpa sebarang provokasi, Farid kemudian terus menampar anggota polis berkenaan dan menendang dua lagi orang awam yang turut berada di balai.

Sejurus kejadian, beliau telah ditahan oleh polis untuk menjalani ujian air kencing. Hasil ujian mengesahkan bahawa Farid Kamil berada di bawah pengaruh dadah jenis ganja dan telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam (12 Januari, Jumaat).

Sehubungan kejadian itu, pihak media cuba untuk mendapatkan komen daripada isterinya, Datin Diana Danielle dan ibu mertua pelakon tersebut. Menurut ibu mertuanya, mereka tidak mengetahui tentang isu penangkapan Farid Kamil sehingga ianya diumumkan di media sosial.

Menurut sumber, isteri beliau iaitu Diana Danielle turut tidak kelihatan sewaktu mahkamah menjatuhkan hukuman reman ke atas bapa kepada dua orang anaknya itu.

Bukan sahaja itu, Diana turut dikatakan telah menutup ruangan komen di laman Instagram beliau bagi mengelakkan serangan daripada netizen yang melontarkan rasa marah dengan isu berkenaan.

Sementara itu, adik kepada pengarah tersebut iaitu Fadzil Bahari Zahari, 34 tahun memaklumkan bahawa abangnya berkemungkinan besar mengalami tekanan perasaan dan masalah mental.

“Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar,” kata Fadzil yang turut merupakan seorang pelakon.

Malah, keluarga Farid turut tidak menolak kemungkinan bahawa Farid mungkin terlibat dalam pengambilan dadah ekoran tekanan perasaan kerana sudah lama tidak berjumpa dengan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad, 5 tahun dan Aurora, tiga tahun.

Fadzil turut mendakwa bahawa abangnya tidak pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sebelum ini dan ia merupakan kali pertama.

Tiga hari sebelum abangnya ditahan, Fadzil telah bertemu dengan Farid yang meluahkan perasaan rindu kepada kedua-dua anaknya. Fadzil turut memaklumkan abangnya itu kelihatan murung.

Pada masa yang sama, Diana Danielle turut menyelar kenyataan adik iparnya itu dan memberitahu bahawa dia tidak pernah melarang Farid untuk mendekati anak-anak mereka.

“Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu. Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu,” ujar Diana.