Ude Pandai “Beli” Jiwa Saya Dan Anak Hanya Dengan Kasih Sayang, Wang Ringgit Tidak Penting – Izreen Azminda

Meskipun sudah lebih seminggu berlalu, sehingga hari ini perkahwinan Izreen Azminda bersama seorang pemuzik bernama Ude masih lagi menjadi bualan netizen. Mereka tertanya, bagaimana Izreen boleh terpikat dengan suami orang serta rela untuk hidup bermadu?

Menurut Izreen, kasih sayang yang diberikan oleh Ude terhadap beliau dan anaknya, Adrian Umar membuatkan pintu hati Izreen terbuka untuk berkahwin lagi.

Benda pertama adalah, dia boleh beli jiwa saya dan anak saya. Saya dikenali sebagai artis yang bukan mengejar wang ringgit dan saya tak kisah akan soal itu. Pada saya, harta dan wang ringgit boleh sama-sama mencari, tetapi kasih sayang itu mahal harganya

Walaupun saya reda dengan takdir terpaksa berkongsi hidup dengan wanita lain, saya anggap ini akan pengorbanan untuk mempertahankan cinta kami juga. Pada saya, ini adalah takdir saya dan kena hadap meskipun orang akan mengata macam-macam. Sampai masa, orang akan senyap dan kita akan teruskan hidup macam biasa sahaja mengikut cara kita. Saya sudah semakin reda dengan perkongsian ini dan walau muda, sifat kebapaan terserlah dalam diri dia. Itu buat kami sayang, suka sangat dengan dia dan setuju untuk berkahwin dengan dia walaupun tahu dia adalah suami orang .

Bukan mudah untuk masyarakat menerima hakikat Izreen bernikah dengan suami orang tetapi beliau tidak mahu ambil pusing dengan segala kritikan netizen. Saat ini, Izreen hanya ingin menikmati kebahagiaan dan kemanisan rumah tangga bersama suami tercinta.