[ VIDEO ] Baru Berusia 2 Tahun Tapi Sudah Mampu Hafal 42 surah termasuk semua ayat lazim Muqadam…Subhanallah!!

Bacaan al-Quran menemani hidup anak saya sejak dari kandungan hinggalah kini. Itulah penghiburnya setiap hari,” kata Nurul Shahida Lukman, 27, mengenai anaknya Ahmad Ziyyad Mohd Zahir yang berusia dua tahun lapan bulan.

Kaedahnya dan suami Mohd Zahir Mohamad Noor Sabri, 30, memberi kesan memberangsangkan apabila anak tunggal mereka itu kini mampu menghafal 42 surah termasuk semua ayat lazim Muqadam.

“Kami mula mengesan minat Ahmad Ziyyad menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan. Ketika itu kami dapat lihat mulutnya terkumat-kamit mengikut saya membaca al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas.

“Jadi kami sering membaca dan mendengarkan bacaan al-Quran kepadanya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.