(Video) KISAH PEMBERITA TERSASUL ‘SEORANG’ KERBAU

Kita sebagai manusia memang tak lari dari membuat kesilapan. Seorang pemberita di Astro Awani turut tak terkecuali kerana dia tersasul ketika sedang membaca berita mengenai kerbau.

Video mengenainya tular di laman sosial kerana ramai yang beranggapan dia kelihatan kelakar semasa kejadian.

Pembaca berita Astro Awani tersebut kelihatan tersasul ketika hendak menyampaikan berita mengenai seekor kerbau dan menyebut “Seorang kerbau” serta kedengaran dia cuba untuk tidak tergelak selepas tersasul.

Video mengenai insiden tersasul itu dimuatnaik oleh seorang warga laman sosial Twitter, @HafiyFathil dengan menyatakan dia mungkin akan tergelak jika berada dalam situasi seperti pembaca berita tersebut.

Video itu mendapat 18,176 Retweet dan 8,689 Likes di laman sosial berkenaan dan rata-rata memberi respon positif dan menganggap ianya kelakar.

Biasalah, tiada siapa sempurna. Sekali-sekala terhibur juga bila kita melihat berita daripada bosan mendengar berita yang terlalu formal.